Kira-kira 400 kaum pribumi dari 20 rumah panjang terdiri dari Kenyah dan Penan menghadiri seminar pembangunan yang diadakan di Long San baru-baru ini.
Thursday, August 16, 2007
keresahan merka siapa tahu?????
Tindakan orang Penan
- Menghalang jalan-jalan balak di kawasan Baram dan Limbang di Sarawak. Malangnya tindakan mereka ini dituduh tidak menghormati undang-undang.
- Membuat Deklarasi Long Sayan 2002 diadakan di Long Sayan, Apoh, Baram, Miri, Sarawak
- Berkunjung ke Kuala Lumpur dan menyatakan tuntutan kepada Parlimen Malaysia.
- Menghantar surat dan siaran berita ke media tempatan dan antara bangsa.
- Bekerjasama dengan Bruno Manser yang begitu prihatin dengan permasalahan orang Penan. Bruno Manser dari Switzerland telah hidup secara bersembunyi di dalam hutan , bergaul rapat dengan orang Penan dan menghantar surat-surat ke seluruh dunia meminta Penan diberi perhatian.
- Membina laman-laman web berkaitan cara hidup dan permasalahan orang Penan.
- Mengambi tindakan undang-undang terhadap syarikat pembalakan dan kerajaan. Mereka disokong oleh peguam-peguam bertauliah secara percuma.
Laporan negatif
- 2 Februari 1990 Putera Charles dari England menuduh kerajaan Malaysia membunuh ramai orang Penan yang membuat benteng manusia bag menghalang aktiviti pembalakan. Kononnya kerajaan mengarahkan tentera menembak dan menghina orang Penan kerana pembalakan amat menguntungkan. Sebenarnya polis hanya menangkap 63 orang Penan yang membuat benteng manusia di Baram, miri.
- 17 Februari 1990 Tan Sri Taib Mahmud selaku Ketua Menteri Sarawak telah diserbu oleh puluhan wartawan barat dalam satu persidangan ekonomi Asean- Ec di Kuching.
- Kononnya masih ada rakyat Malaysia terutama di Sarawak yang masih tinggal di atas pokok. Dahulu Sarawak dikenali kerana 'head hunter'.
- Kaum asli Yanomani di hutan Amazon , Brazil telah ditembak mati oleh tentera Brazil kerana menghalang pembinaan Lebuh raya teans-Amazon. Jadi wartawan Barat menganggap Malaysia berbuat demikian juga.
- Sejak 1984 Bruno Manser dari Switzerland masuk ke dalam hutan Sarawak dan mengisytiharkan diri sebagai King of Penan. Dia telah mendapat untung besar hasil sumbangan NGO dan kerajaan asing. Permit Bruno tamat 31.12.1984 telah tamat tapi menyembunyikan diri di dalam hutan Sarawak. Sehingga kini Bruno Manser hilang di Sarawak buat kali ke-3 dan dipercayai mati di sana.
- 3 Ogos 1989 para pencinta alam sekitar dari 120 negara Eropah telah mengadakan tunjuk perasaan di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Zurich, Switzerland. Mereka mendesak 'Dont Kill Penan'.
- Sambutan ' International Penan Day' diadakan di negara=negara Eropah.
- Tiga filem dokumentasi tentang kehidupan Penan dibuat oleh TV(ATV) dari Australia dan TFI dari Peranchis.
- Buku dan artikel dalam majalah dan suarat khabar berkaitan Penan dan aktivis Bruno Manser banyak diterbitkan.
Janji Kerajaan
- Sejak 1980 kerajaan berjanji memberi bantuan kewangan, kemudahan kesihatan , jalan raya dan sebagainya bagi menyelesaikan masalah penderitaan dan kemiskinan orang Penan.
- 1993 sebahagian hutan di Ulu Baram dan Ulu Limbang telah dijadikan Hutan Khas Kaum Penan tapi tiada penjelasan lanjut mengenai status hutan ini dari segi undang-undang. Masalahnya adakah orang Penan mempunyai hak adat seperti yang diberi melalui Kod Tanah Sarawak atau adakah ia Hutan Simpanan Komunal yang boleh diwartakan melalui Ordinanan Perhutanan Sarawak.
- Kerajaan Sarawak setuju memberi peruntukan tahunan sebanyak RM 1 juta untuk kaum Penan untuk meningkatkan mutu kehidupan kaum Penan .
- 28.4.1992 Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan 70% hutan di Malaysia dikekalkan . Sebaliknya Dr Mahathir berhujah Barat sebagai punca pencemaran. Contohnya CFC dari peti ais, makan burger hasil dari penebangan hutan Argentina untuk memelihara lembu 'burger'. Isu Penan diperalatkan agar negara Barat menolak hasil kayu tropika.
- Sejumlah 10,000 Penan yang asalnya petani dan hidup berpindah randah telah dimajukan. 9000 sudah menetap di ladang .Cuma 1000 yang masih tinggal di hutan.
Syarikat penerbangan
Fly Asian Xpress (FAX) yang mengambil alih Perkhidmatan Penerbangan Pedalaman daripada Penerbangan Malaysia (MAS) sejak Ogos 2006 hanya menyediakan dua kali penerbangan seminggu berbanding tiga kali seminggu oleh MAS dahulu. Penerbangan dikurangkan kerana kos minyak tinggi, pelancong berkurangan dan tidak lagi mendapat subsidi minyak daripada kerajaan.
Pembinaan jalan
Residen Miri, Ose Murang berkata, kerajaan negeri Sarawak membina jalan penghubung antara 14 kampung yang dihuni 1,444 etnik Penan dan Kelabit.
Pembangunan tergendala kerana tiadanya jalan masuk, faktor geografi yang luas dan kawasan bergunung-ganang. Kerajaan Sarawak melantik syarikat Samling Group ( sebuah syarikat pembalakan) untuk membina jalan balak yang kemudiannya boleh dinaik taraf untuk dijadikan jalan penghubung utama.
Pembinaan jalan antara bandaraya Miri ke Pa Debpur, Kelapang yang meliputi kampung Long Benali tergendala kerana sekatan jalan sejak 2004 yang dibina oleh sekumpulan etnik PenanLong Benali. Sekatan masih diteruskan sehingga 2006. Rundingan demi rundingan telah dijalankan tetapi tidak berjaya. Penduduk Penan nekad dengan keputusan mereka dan tidak percaya janji-janji selama ini. dari
Penduduk Penan menuduh syarikat pembalakan itu hanya mementingkan keuntungan dan menjejaskan kualiti hidup penduduk di perkampungan mereka. Sekatan jalan itu bagi melindungi alam sekitar, sumber makanan dan rezeki mereka dan sumber air untuk minuman, mandi dan sebagainya. Masyarakat Penan tidak mudah tertipu dengan janji kosong pemimpin kerajaan negeri Sarawak dan Malaysia dan janji manis oleh syarikat pembalakan.Selepas pokok habis ditebang , jalan raya yang dijanjikan tidak siap.
Kerajaan negeri Sarawak menafikan tuduhan itu. Kerajaan melantik syarikat baru dan syarikat pembalakan ini tidak sama dengan syarikat terdahulu.
Akibat sekatan jalan
Sekolah Kebangsaan Long Lellang merupakan sekolah rendah berasrama. Ada 118 murid dari Tahun Satu hingga Tahun Enam . Murid ini berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan, diesel, petrol, kerosin dan gas masak.
Murid dari Long Sabai terpaksa berjalan kaki selama 8 jam melalui hutan tebal, mendaki bukit dan menuruni lembah serta menyeberangi sungai untuk ke sekolah , ke klinik di Long Lellang.
Long Lellang lengkap dengan klinik, sekolah rendah, dan landasan kapal terbang .Ia menjadi pekan tumpuan 7 kampung iaitu dari Long Main, Long Kepang, Long Benali, Long Sabai, Keramu, Pengaran Iman dan Pengaran Kelian.
Harga barang meningkat
Kehidupan mereka seakan kembali zaman batu.Waktu malam terpaksa bergelap kerana tiada bahan bakar untuk menggerakkan generator.Ubat tidak dapat disimpan lama kerana peti sejuk tidak dapat berfungsi.
Ketua Kampung Long Lellang A, Amat Aran, 71 berkata bahan bakar, makanan, bahan binaan dan peralatan pertanian seperti gergaji rantai dan mesin pemotong semak-samun sukar didapati sejak sekatan jalan 2004.
Ketua Kampung Long Lellang B, Joseph Wan Raja, yang berketurunan Kelabit menyatakan penduduk hanya berpendapatan RM200 sebulan sedangkan kos hidup tinggi.
Kini 22 Oktober 2006, harga semua barang naik mendadak. Sebuah tong gas masak (14 kg) (yang boleh bertukar) dijual dengan harga RM180 berbanding RM25.62 di tempat lain. Selain itu, satu dram diesel, petrol atau kerosin boleh didapati dengan harga RM35 berbanding RM7.22 (diesel), RM8.74 (petrol) dan RM9.32 (kerosin). Harga barangan keperluan lain seperti gula (RM6 per kg), tepung (RM4 per kg) dan minyak masak (RM8 per kg).
masalah kritikal@#$!^&
Permasalahan
- Orang Penan menghadapi masalah kekurangan makanan . Hutan tempat mencari sagu, buah-buahan dan sayur-sayuran telah dimusnahkan oleh kegiatan pembalakan . Ada keluarga yang terpaksa memakan nasi bersama garam atau bubur kosong sahaja. kerana ketiadaan punca pendapatan
- Sungai yang selama ini membekalkan ikan kepada mereka telah tercemar . Hakisan tanah berlaku secara berleluasa.
- Haiwan di hutan berdekatan sudah lama berkurangan dan tanah ladang tidak lagi subur kerana tanah-tanah ini merupakan bekas kawasan pembalakan.
- Orang Penan dikatakan tidak diberi latihan pertanian termasuk cara-cara menyediakan baja dan bantuan sumber seperti biji benih sayur-sayuran. Kononya orang Penan tidak menerima bantuan untuk membina kolam-kolam ikan ataupun projek penternakan.
- Haiwan dan ikan selain bahan-bahan hutan lain seperti rotan, damar dan gaharu untuk dijual sukar diperolehi kerana pembalakan dan pencemaran sungai serta bunyi bising aktiviti pembalakan.
- Pelbagai penyakit selalu dihadapim oleh mereka. Contohnya demam panas, demam campak, batuk , selsema dan penyakit kulit.
- Mereka tidak berupaya membayar yuran persekolahan anak-anak, mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pergi ke bandar terdekat untuk menyelesaikan urusan-urusan penting.
- Bekalan air dan udara yang tercemar telah menyebabkan mereka menghadapi masalah kesakitan perut, penyakit kulit, penyakit mata dan ketahanan badan yang lemah, yang kemudiannya memberikan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
- Perumahan yang serba kekurangan - rumah panjang yang selesa. Tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli bahan-bahan pembinaan dan mengupah kontraktor rumah serta tenaga buruh mereka.
Tuntutan mereka
- Hentikan kegiatan pembalakan
- Hentikan projek perladangan kelapa sawit di tanah adat mereka/
- Tangguh dan batalkan pembinaan empangan janakuasa dan bekalan air di tanah adat orang Penan.
- Meminta pengiktirafan ke atas hak turun-temurun pribumi Penan .
- Meminta kerajaan membantu dari segala segi termasuk perumahan , kesihatan, pekerjaan , pendidikan dan lain-lain.
cara hidup mereka??????

Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan faunaflora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari. dan
- Rumah mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan – mereka hanya berlantaikan kayu bulat, buluh, malah tanah sahaja dan banyak yang tidak mempunyai tandas dan sebagainya. Tidak kurang juga antara rumah yang dibina di kawasan yang tidak sesuai dan terlalu panas.
- Kebanyakan orang Penah tidak ada sijil lahir dan sijil pengenalan. Proses pendaftaran terpkasa dibuat di bandar yang terdekat tetapi masih terlalu mahal .
Pencemaran air dan hakisan tebing sungai berlaku akibat aktiviti pembalakan. Bunyi bising daripada pembalakan menyebabkan binatang dan burung serta ikanhospital terlalu jauh, mahal dan asing kepada mereka. semakin hilang dan pupus. Penyakit baru muncul dan tidak dapat diubati. Jarak ke klinik dan
perjuangan MEReka!!!!
Surirumah berusia 37 tahun itu juga mahu membantu membangunkan sebuah tadika di kampung halamannya yang memakan masa selama dua setengah jam jika berjalan kaki dari Long Lellang, selain mengajar kerana sedar pendidikan yang sempurna dapat meningkatkan taraf hidup seseorang.
Beliau hanya pulang ke kampung pada hujung minggu dan semasa cuti sekolah kerana mahu bersama anak-anaknya yang belajar di SK Long Lellang dan pra-persekolahan di Long Lellang.
“Kampung saya tidak mempunyai tadika jadi saya terpaksa menghantar anak bongsu saya ke sebuah tadika di Long Lellang. Saya harap akan dapat mendirikan sebuah tadika di kampung saya tahun depan.
“Saya hanya belajar setakat tingkatan tiga tetapi saya yakin dapat mengajar kerana mahu melihat masa kanak-kanak Penan lebih cerah melalui pendidikan yang sempurna,” katanya.
Elizabeth memberitahu, peredaran masa telah banyak membawa perubahan dan cabaran baru dan atas desakan itu, masyarakat Penan harus belajar menyesuaikan diri dengan arus pembangunan perdana.
“Saya tidak tahu menggunakan komputer dan teknologi moden tetapi anak sulong saya yang kini berada di tahun dua banyak memberitahu saya mengenai perkara baru itu. Sebagai ibu bapa, kita perlu menggalakan anak-anak supaya cemerlang dalam pelajaran supaya dapat maju kehadapan,” jelasnya.
Beliau merupakan salah seorang ibu bapa dari kaum Penan yang menghadiri kursus pengajaran peringkat pra-sekolah di Long Lellang minggu lalu.
Setakat ini. Long Lellang hanya boleh dikunjungi melalui udara dari Miri dan Marudi.
Projek pra-sekolah itu merupakan inisiatif masyarakat Long Lellang dengan bantuan Mercy cawangan Sarawak yang turut mendapat sokongan kumpulan syarikat Samling.
Rabu lalu, Mercy tiba di Long Lellang dengan membawa bersama keperluan persekolahan untuk kegunaan kanak-kanak Penan di Long Main selain menghantar guru pra-sekolah yang berpengalaman untuk menjalankan kursus tersebut.
Seramai tujuh kanak-kanak kini menghadiri kelas pra-sekolah di Long Lellang termasuk lima kanak-kanak dari Long Main yang terpaksa meredah hutan dengan berjalan kaki selama kira-kira satu jam untuk sampai ke tempat itu.
Kenyataan Elizabeth turut disokong oleh Molly Melai dari Long Main.
Sambil menghargai pihak Mercy terhadap bantuan mereka untuk menjalankan projek itu bagi kedua-dua kampung terbabit, beliau berkata, “Kita amat terperanjat kerana tidak menjangka kanak-kanak di sini dibekalkan dengan banyak barang keperluan sekolah”.
Molly turut memberitahu bahawa kursus yang dikendalikan itu banyak memberi panduan berguna kepada beliau dan guru berpotensi yang ditempatkan di sekolah tadika di kawasan itu.
“Saya hanya mendapat pendidikan awal di peringkat sekolah rendah dan tidak pernah mendapat latihan dalam bidang perguruan. Projek ini banyak memberi pengalaman baru dalam mengajar kanak-kanak sekolah selain meningkatkan keyakinan kami,” ujarnya.
Seorang lagi guru berpotensi, Agnes Mew dari Long Kepang percaya bahawa hanya pendidikan yang baik dapat menjamin masa depan yang cemerlang dan membantu kaum Penan meningkatkan taraf hidup mereka.
“Saya mahu membantu kanak-kanak di kampung saya supaya mereka tidak ketinggalan dalam mengejar cita-cita mereka. Sebelum ini, saya mengajar kelas injil tetapi mengajar di pra-sekolah akan menjadi pengalaman baru bagi saya,” jelasnya.
Beliau turut berharap projek itu akan turut dibawa ke Long Kepang tahun depan



